Sabtu, 29 Oktober 2016

2 Website Yang Sesuai Untuk Anda Berjual Beli

1. Mudah.my


Mudah.my ini adalah satu laman website yang menyediakan perkhidmatan jual beli. Anda boleh mengiklankan barang yang ingin anda jual secara percuma. Dan jika anda ingin menacri dan membeli handphone, kereta atau sebagai dengan harga yang murah, semua ada sahaja disini. Cuma anda mesti pandai memilih dan mencari.

    Kebanyakan barang yang dijual di Mudah.my ini adalah secondhand ataupun baru. Bergantung pada citarasa anda untuk membeli apa pun. Saya pernah menjual handphone lenovo saya di Mudah.my. Tak sampai 2 hari. Saya dah berjaya menjualnya. Jika anda berminat berjual beli di Mudah.my. Sila Klik Sini.


2. Lelong.my



Lelong.my merupakan website untuk berjual beli yang hampir sama dengan Mudah.my. Cuma untuk menjual sesuatu di Lelong.my, anda harus membayar RM398 hingga RM498/setahun(Limited Time). Ia akan menyediakan kemudahan Netpay. Dengan Netpay ini, pelanggan anda boleh membeli secara online dengan menggunakan internet banking seperti Maybank2U, Cimb Click,Hongleong bank dan sebagainya. 

Saya pernah membeli barang di Lelong.my ini, perkhidmatannya sangat memuaskan kerana semua barang yang saya beli selamat sampai ke rumah. Lelong.my ini memiliki banyak barang yang dijual dengan harga yang berpatutan. Jika anda berminat untuk ketahui lebih lanjut mengenai Lelong.my. Boleh lawati website mereka. KLIK SINI.

Terima kasih kerana sudi membaca. Tq.


Jumaat, 28 Oktober 2016

Kelebihan Menggunakan UC Browser Sebagai Pelayar Internet!

UC Browser adalah pelayar internet yang amat terkenal di seluruh dunia. Dibawah syarikat Alibaba Gorup. UC Browser menggunakan kernel U3 enjin agar pengguna boleh melayari internet dengan lebih selamat,cepat dan dan mudah. Dengan menggunalkan UC Browser, banyak iklan popup berjaya disekat agar tidak mengganggu pengguna untuk melayari internet. UC Browser ini boleh digunakan di Android,Iphone, Java, IPad dan sebagainya.



       Dengan menggunakan UC Browser, anda dapat menjimatkan penggunaan qouta internet anda. Dan paling penting, anda boleh memuat turun video tanpa perlu memuat turun perisian lain kerana terdapat button untuk memuatturun video. UC Browser juga sangat selesa digunakan kerana perisiannya sangat sistematik dan canggih. Dan! Ia adalah perisian percuma. Anda boleh layari website mereka dan download perisian ini di UC Browser.

Khamis, 27 Oktober 2016

Hasilkan Design Dengan Perisian GIMP

GNU Image Manipulation  Program (GIMP) adalah satu perisian percuma yang digunakan untuk mengubahsuai gambar atau mencipta design. Ia mampu mengahsilkan sesuatu gambar atau foto yang berkualiti tinggi. Pada pandangan saya, GIMP ini hampir sama fungsinya dengan Adobe Photoshop. 

Terdapat beberapa tool penting dalam GIMP ini, seperti crop,background, pencil, pen, corak, color dan sebagainya. Ramai yang menggunakan GIMP untuk menghasilkan tugasan dan kerja. GIMP ini boleh di install di dalam OS Linux seperti Ubuntu, Mac dan pelbagai lagi.



Dibawah pula demo penggunaan GIMP.




Untuk download perisian GIMP. Klik Sini

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca.


Rabu, 26 Oktober 2016

4 Jenis Bisnes Yang Harus Anda Ketahui

1. Bisnes Air Balang

Selama ini, ramai peniaga telah memilih untuk berniaga Air Balang kerana ia adalah satu bisnes yang sangat menguntungkan. Bayang kan kadang-kadang mereka jual air RM1 atau RM2 sahaja secawan tapi kalau dah kat pasar malam dah cecah 200 atau 300 cawan? Dah semestinya mereka dapat satu hari hampir RM400 hingga RM600. Aku sendiri yang membeli pun tak pernah terfikir mereka boleh capai sebanyak itu.




2. Bisnes Aiskrim

Bisnes Aiskrim juga ramai yang telah jalankan. Sekarang ni berbagai jenis aiskrim yang boleh didapati. Bayangkan pendapatan yang mereka adalah boleh mencecah RM5000 sebulan. Pergg!! Sekarang ni, budak-budak pantang kalau dengar bunyi loceng aiskrim, mesti nak beli sampai pujuk mak ayah suruh belikan. Lagi-lagi kalau time balik sekolah atau waktu petang semasa budak-budak kecil bermain. ( Macam aku waktu aku kecik-kecik la : P )





3. Bisnes Burger

Sekarang ni, ramai yang suka makan burger double cheese la, special lah, dan macam2 lagi. Bisnes burger ni boleh tahan juga kalau dah tiap bulan pendapatan RM5000 juga. Patut di merata tempat ramai je orang beli burger.Kadang-kadang tu, seorang pelanggan beli sampai 3 benjo kalau dan lapar sangat. Balik rumah baham benjo telan sekali je agaknya. Aku dulu malam-malam kalau lapar, keluar ngan kawan beli benjo atau burger sebab malam je ade mood nak beli. Untung perniaga tu, kalau dah satu malam dah 50 bijik burger terjual. Perggg!! Terbaik.





4. Bisnes Fotografi

Bagi pengemar bidang fotografi, mereka memiliki kemahiran profesional untuk mengambil gambar dengan pelbagai cara yang menarik. Ramai antara mereka yang telah membuka perniagaan sendiri. Bayangkan kalau majlis wedding pun dah cecah RM3000 hingga RM7000, berapa pula mereka dapat untuk acara majlis lain seperti pertunangan, harijadi dan sebagainya. Beruntung orang yang pakar dalam bidang ini.




Saya harap anda teruja dengan perkongsian saya ini. Maaf atas segala kekurangan. 

Isnin, 24 Oktober 2016

Mengenai Perisian Libre Office Yang Perlu Anda Tahu.

Masih ramai yang belum mengetahui perisian Libre Office adalah sebuah perisian penghasilan data dokumen seperti Microsoft Office juga. Segala susunan dan fungsi hampir sama dengan Microsoft Office. Libre Office juga adalah salah satu perisian percuma dan sumber umum. Jadi, anda tidak perlu membazir duit hingga ratusan ringgit untuk membeli perisian. Di dalam Libre Office, ade 5 jenis perisian yang penting perlu anda tahu iaitu :

1. Writer




Writer adalah perisian yang menghasilkan dokumen atau maklumat. Ia berfungsi hampir sama seperti Microsoft Office Word. Writer juga dapat membaca dan mengubahsuai dokumen yang berformatkan Microsoft Office Word. 

2. Impress



Impress pula ialah sebuah perisian yang hampir sama dengan perisian Microsoft Power Point. Ia digunakan untuk mencipta dokumen dan maklumat berbentuk persembahan.

3. Calc


Calc adalah sebuah perisian yang hampir sama dengan Microsoft Excel. Segala susun atur tersusun mengikut format Microsoft Excel. Jadi memudahkan anda membuat keje tanpa memikirkan kos.

4. Draw


Libre Office Draw merupakan perisian untuk menghasilkan bentuk dan lakaran. Terdapat juga templat untuk bisness card dan resume. Ia hampir sama perisian Microsoft Publisher.


5. Base


Libre Office Base digunakan untuk menghasilkan pangkalan data. Bersamaan dengan perisian Microsoft Onenote. Selalunya digunakan dalam penyimpan data maklumat yang diisi.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, boleh layari website mereka di Libre.






Bahaya Ransomware Melalui Data Peribadi Anda

Ransomware adalah satu virus yang dicipta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengugut mangsa dengan mencuri data dan maklumat peribadi mangsa. Lalu, untuk mendapatkan semula data dan maklumat peribadi itu...mangsa harus membayar duit secara online dengan bayaran yang tinggi.Ransomware akan menyerang data dan maklumat yang tidak dilindungi perisian antivirus yang kuat.


Inilah cara pengodam mengaut keuntungan melalui internet. Ancaman ini telah merebak ke serata dunia. Banyak syarikat antivirus telah berusaha melawan ancaman tersebut. Jadi, anda harus memasang antivirus yang sesuai dalam menghindari ancaman virus yang semakin menular. Saya cadangkan anda menggunakan Antivirus 360 Total Security. Sebelum itu, mari ketahui kelebihan Antivirus 360 Total Security.

Ahad, 23 Oktober 2016

Bahaya Keylogger Kepada Data Peribadi Dan Maklumat Penting Milik Anda

Apakah Keylogger?



Keylogger merupakan software atau hardware yang merakam atau menyalin segala data yang ditaip melalui keyboard. Tetapi zaman kini, ade pihak yang menggunakan keylogger untuk tujuan yang jahat. Mereka mengodam data yang diperolehi melalui keyboard atau hardware input yang lain.

Data yang menjadi sasaran adalah maklumat perbankan dan password. Mereka meperolehi data setiap kali mangsa melawati website, forum dan sebagainya. Selalunya keylogger ini berfungsi secara tersembunyi di dalam komputer. Segala maklumat tersebut akan dihantar semula kepada pengodam melalui email yang tersebunyi. 

Cara Mengatasi Ancaman Keylogger Dari Penggodam?

Antaranya ialah dengan memasang antivirus yang memiliki fungsi menyekat keylogger. Antivirus akan mengimbas segala perisian yang mencuriga dan membawa bahaya kepada pengguna komputer. Saya mencadangkan anda menggunakan Antivirus 360 Total Security sebagai pelindung PC anda dari ancaman virus dan sebagainya. Sebelum itu, jom ketahui kelebihan Antivirus 360 Total Security.

Avengers: Endgame / Thanos Gauntlet