Keylogger merupakan software atau hardware yang merakam atau menyalin segala data yang ditaip melalui keyboard. Tetapi zaman kini, ade pihak yang menggunakan keylogger untuk tujuan yang jahat. Mereka mengodam data yang diperolehi melalui keyboard atau hardware input yang lain.
Data yang menjadi sasaran adalah maklumat perbankan dan password. Mereka meperolehi data setiap kali mangsa melawati website, forum dan sebagainya. Selalunya keylogger ini berfungsi secara tersembunyi di dalam komputer. Segala maklumat tersebut akan dihantar semula kepada pengodam melalui email yang tersebunyi.
Cara Mengatasi Ancaman Keylogger Dari Penggodam?
Antaranya ialah dengan memasang antivirus yang memiliki fungsi menyekat keylogger. Antivirus akan mengimbas segala perisian yang mencuriga dan membawa bahaya kepada pengguna komputer. Saya mencadangkan anda menggunakan Antivirus 360 Total Security sebagai pelindung PC anda dari ancaman virus dan sebagainya. Sebelum itu, jom ketahui kelebihan Antivirus 360 Total Security.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan