Selasa, 8 November 2016

2 Cara Menabung Time Di Alam Belajar

Menabung adalah cara untuk kita mendisiplinkan diri dalam mengawal kewangan. Ramai pelajar kolej atau universiti mesti je nak guna duit untuk keperluan mereka. Maklum lah, jiwa muda orang katakan. Jadi aku nak kongsikan sedikit tip cara aku menabung time waktu belajar dulu. Tambahan pula, duduk rumah sewa bujang. Semua kawan jenis makan maggie tomyam tiap hari. Oklah, berbalik semula pada topik. Antara cara-cara menabung yang boleh aku kongsikan:




1. Simpan Syiling Dalam Laci

Hah! Ni cara paling aku suka. Lepas balik dari Seven Eleven, kedai runcit atau kedai makan, mesti ade je baki syiling yang dapat. Aku jenis kalau dapat duit syiling terus letak poket. Sampai je rumah, buka laci terus campak duit syiling. Biasa lah, kita masa time masyuk mesti tak pandang dah duit syiling. Time dah poket terkeluar, merangkak cari duit syiling tu balik. Duit syiling yang paling banyak aku kumpul dalam sebulan ialah anggaran dekat RM30. Peh! mengalir air mata bahagia bila tahu hasil yang aku campak selama ni membantu ekonomi aku semula.

2. Simpan Dalam Bank Setiap Awal Minggu

Bila dah lama jadi pelajar, macam-macam pengalaman dan kesedaran aku dapat. Time aku lepas di kedai makan, ade sorang abg senior ni duduk sekali ngan aku. Dia selalu bagi tip kat aku, kalau mak bapak hantar duit tiap minggu....kau simpan RM10 terus sebelum guna. Bayangkan lah, Kalau setahun kau nekad kumpul macam tu, 10 bulan X RM40(tolak cuti sem) = RM400. Tu paling sedikit kalau korang nekad kumpul RM10 setiap minggu lah paling kurang. Kalau korang memang nekad nak simpan, apa salahnya sasarkan RM30 seminggu. 10bulan X RM120 = RM1200. Pikir2 kan lah.

Selamat Mencuba :-)

Ahad, 6 November 2016

3 Kelebihan Meminum Kopi

Seperti yang kita semua tahu, minuman kopi merupakan minuman popular bagi kita, masyarakat mahupun seluruh dunia. Minuman kopi lebih sesuai diminum untuk golongan dewasa.Kini kita lihat, dimerata tempat atau kedai ada sahaja minuman kopi mengikut jenama atau jenis. Tapi adakah kita mengetahui? Kopi memiliki kelebihan yang penting diperluan untuk aktiviti seharian kita. Antara kelebihan kopi ialah:


1. Memberi Tenaga Dan Kecerdasan

Selalunya, jika seseorang yang terpaksa kerja lebih masa sehingga lewat malam atau seorang pelajar kolej atau university yang terpaksa berjaga sehingga awal pagi untuk mengulangkaji...mereka akan meminum kopi untuk memberi tenaga pada tubuh dan otak mereka agar mereka dapat mengurangkan kesan mengantuk atau letih. Ini kerana di dalam kopi terdapat kafein yang berfungsi mencergaskan semula organ dalaman.

2. Mengurangkan Risiko Diabetis

Minuman kopi merupakan salah satu minuman yang dapat mengurangkan risiko diabetis kerana di dalam kopi terkandung asam klorogenat (Vitamin B5) yang berfungsi semasa peningkatan pembentukkan insulin.

3. Mengurangkan Tekanan

Minuman kopi dapat mengurangkan tekanan seseorang. Adakala ramai yang minum kopi di waktu kelapangan agar perasaan lebih ceria dan bahagia.


Rabu, 2 November 2016

4 Kaedah Terbaik Mengurangkan Stress

Setiap individu akan mengalami liku kehidupan yang berbeza dan memberi tekanan yang tinggi kepada emosi. Jika tidak dikawal,seseorang individu itu boleh bertindak diluar pemikiran rasional. Penerimaan sesuatu masalah itu berbeza bergantung individu kerana adalah yang memiliki personaliti yang mudah stress dan tidak semua orang boleh menerima secara positif sesuatu tekanan tersebut.


Antara cara-cara untuk mengurangi stress adalah:

1. Keluarga dan sahabat perlu memberi semangat kepada individu yang mengalami stress agar individu tersebut dapat mengekalkan momentum positif serta mencari jalan penyelesaian terbaik.

2. Melakukan perkara yang disukai seperti melancong, membeli belah atau keluar bersantai bersama rakan-rakan.

3. Mendapatkan khidmat profesional seperti kaunselor atau ahli psikologi.

4. Mendekatkan diri kepada Allah swt seperti mendirikan solat,memperbanyakkan ibadat sunat dan berdoa.

Avengers: Endgame / Thanos Gauntlet