Memaparkan catatan dengan label air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label air. Papar semua catatan

Khamis, 26 Oktober 2017

Pencemaran Air dan Udara

Pencemaran Air



Pencemaran air selalu berlaku di kawasan yang memiliki tampungan air yang banyak seperti di laut, sungai, empangan, kolam dan sebagainya. Pencemaran selalunya berlaku disebabkan aktiviti manusia itu sendiri. Contohnya, pembalakan haram di berhampiran sungai akan menyebabkan sungai tersebut dikotori dengan hakisan tanah, laut pula akan dicemari dengan minyak yang mungkin disebabkan tumpahan minyak dari kapal atau sebagainya. Pencemaran air akan menjejaskan kesihatan manusia kerana air merupakan sumber mineral untuk manusia. Malah, nyawa hidupan laut juga terjejas disebabkan kesan pencemaran minyak atau sampah yang di buang.



Pencemaran Udara


Pencemaran udara pula merupakan kesan kotoran yang terdapat dalam ruang udara. Pencemaran ini berpunca dari pengeluaran asap kilang yang tidak terkawal, asap kenderaan, pembakaran terbuka dan pembocoran gas kimia. Kesan pencemaran ini sangat bahaya kepada manusia dan akan terdedah kepada sakit mata, sistem pernafasan terganggu, serta jarak penglihatan akan terhad. Jika tidak diatasi, akan berlaku penipisan ozon yang akan menyebabkan penyakit kulit meningkat.Malah akan menjejaskan tanaman. Kesan pencemaran udara terhadap global adalah akan berlakunya pencairan ais di kutub, perubahan iklimyang tidak menentu dan sebagainya.


Ahad, 6 November 2016

3 Kelebihan Meminum Kopi

Seperti yang kita semua tahu, minuman kopi merupakan minuman popular bagi kita, masyarakat mahupun seluruh dunia. Minuman kopi lebih sesuai diminum untuk golongan dewasa.Kini kita lihat, dimerata tempat atau kedai ada sahaja minuman kopi mengikut jenama atau jenis. Tapi adakah kita mengetahui? Kopi memiliki kelebihan yang penting diperluan untuk aktiviti seharian kita. Antara kelebihan kopi ialah:


1. Memberi Tenaga Dan Kecerdasan

Selalunya, jika seseorang yang terpaksa kerja lebih masa sehingga lewat malam atau seorang pelajar kolej atau university yang terpaksa berjaga sehingga awal pagi untuk mengulangkaji...mereka akan meminum kopi untuk memberi tenaga pada tubuh dan otak mereka agar mereka dapat mengurangkan kesan mengantuk atau letih. Ini kerana di dalam kopi terdapat kafein yang berfungsi mencergaskan semula organ dalaman.

2. Mengurangkan Risiko Diabetis

Minuman kopi merupakan salah satu minuman yang dapat mengurangkan risiko diabetis kerana di dalam kopi terkandung asam klorogenat (Vitamin B5) yang berfungsi semasa peningkatan pembentukkan insulin.

3. Mengurangkan Tekanan

Minuman kopi dapat mengurangkan tekanan seseorang. Adakala ramai yang minum kopi di waktu kelapangan agar perasaan lebih ceria dan bahagia.


Rabu, 26 Oktober 2016

4 Jenis Bisnes Yang Harus Anda Ketahui

1. Bisnes Air Balang

Selama ini, ramai peniaga telah memilih untuk berniaga Air Balang kerana ia adalah satu bisnes yang sangat menguntungkan. Bayang kan kadang-kadang mereka jual air RM1 atau RM2 sahaja secawan tapi kalau dah kat pasar malam dah cecah 200 atau 300 cawan? Dah semestinya mereka dapat satu hari hampir RM400 hingga RM600. Aku sendiri yang membeli pun tak pernah terfikir mereka boleh capai sebanyak itu.




2. Bisnes Aiskrim

Bisnes Aiskrim juga ramai yang telah jalankan. Sekarang ni berbagai jenis aiskrim yang boleh didapati. Bayangkan pendapatan yang mereka adalah boleh mencecah RM5000 sebulan. Pergg!! Sekarang ni, budak-budak pantang kalau dengar bunyi loceng aiskrim, mesti nak beli sampai pujuk mak ayah suruh belikan. Lagi-lagi kalau time balik sekolah atau waktu petang semasa budak-budak kecil bermain. ( Macam aku waktu aku kecik-kecik la : P )





3. Bisnes Burger

Sekarang ni, ramai yang suka makan burger double cheese la, special lah, dan macam2 lagi. Bisnes burger ni boleh tahan juga kalau dah tiap bulan pendapatan RM5000 juga. Patut di merata tempat ramai je orang beli burger.Kadang-kadang tu, seorang pelanggan beli sampai 3 benjo kalau dan lapar sangat. Balik rumah baham benjo telan sekali je agaknya. Aku dulu malam-malam kalau lapar, keluar ngan kawan beli benjo atau burger sebab malam je ade mood nak beli. Untung perniaga tu, kalau dah satu malam dah 50 bijik burger terjual. Perggg!! Terbaik.





4. Bisnes Fotografi

Bagi pengemar bidang fotografi, mereka memiliki kemahiran profesional untuk mengambil gambar dengan pelbagai cara yang menarik. Ramai antara mereka yang telah membuka perniagaan sendiri. Bayangkan kalau majlis wedding pun dah cecah RM3000 hingga RM7000, berapa pula mereka dapat untuk acara majlis lain seperti pertunangan, harijadi dan sebagainya. Beruntung orang yang pakar dalam bidang ini.




Saya harap anda teruja dengan perkongsian saya ini. Maaf atas segala kekurangan. 

Avengers: Endgame / Thanos Gauntlet