Memaparkan catatan dengan label komputer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komputer. Papar semua catatan

Khamis, 27 Oktober 2016

Hasilkan Design Dengan Perisian GIMP

GNU Image Manipulation  Program (GIMP) adalah satu perisian percuma yang digunakan untuk mengubahsuai gambar atau mencipta design. Ia mampu mengahsilkan sesuatu gambar atau foto yang berkualiti tinggi. Pada pandangan saya, GIMP ini hampir sama fungsinya dengan Adobe Photoshop. 

Terdapat beberapa tool penting dalam GIMP ini, seperti crop,background, pencil, pen, corak, color dan sebagainya. Ramai yang menggunakan GIMP untuk menghasilkan tugasan dan kerja. GIMP ini boleh di install di dalam OS Linux seperti Ubuntu, Mac dan pelbagai lagi.



Dibawah pula demo penggunaan GIMP.




Untuk download perisian GIMP. Klik Sini

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca.


Isnin, 24 Oktober 2016

Bahaya Ransomware Melalui Data Peribadi Anda

Ransomware adalah satu virus yang dicipta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengugut mangsa dengan mencuri data dan maklumat peribadi mangsa. Lalu, untuk mendapatkan semula data dan maklumat peribadi itu...mangsa harus membayar duit secara online dengan bayaran yang tinggi.Ransomware akan menyerang data dan maklumat yang tidak dilindungi perisian antivirus yang kuat.


Inilah cara pengodam mengaut keuntungan melalui internet. Ancaman ini telah merebak ke serata dunia. Banyak syarikat antivirus telah berusaha melawan ancaman tersebut. Jadi, anda harus memasang antivirus yang sesuai dalam menghindari ancaman virus yang semakin menular. Saya cadangkan anda menggunakan Antivirus 360 Total Security. Sebelum itu, mari ketahui kelebihan Antivirus 360 Total Security.

Jumaat, 21 Oktober 2016

Punca Window 10 Jadi Hang Dan Lambat

Ramai mengeluh kerana adakala laptop atau pc mereka menjadi hang atau lambat. Bila hang atau lambat, mereka mengambil keputusan gopoh untuk format laptop atau pc mereka tanpa mengetahui dahulu punca-punca mengapa laptop atau pc mereka boleh jadi seperti itu.



1. Terdapat Perisian Yang Berjalan Secara Tersembunyi



   Di mata anda, anda hanya melihat perisian yang anda buka sahaja. Tetapi anda tidak dapat melihat perisian yang berjalan atau terbuka secara senyap( background running ). Ini menyebabkan memory RAM anda digunakan dengan lebih banyak.




2. Jangkitan Virus



   Penyebaran virus seperti trojan,worm atau sebagainya akan menyebabkan fail dalam dalam operasi sistem window tidak dapat berfungsi dengan baik kerana terdapat kerosakan fail. Selalunya serangan virus berlaku pada sistem dalam yang penting.





3. Perisian Yang Tidak Diperlukan Tidak Dibuang


   Banyak perisian( software ) yang tidak pernah anda gunakan masih tersimpan dalam laptop atau pc. Ini menyebabkan memory harddisk anda telah digunakan untuk menyimpan sesuatu yang sia2.




4. RAM Dan CPU Tidak Diubah Pada Kelajuaan Yang Maksimum.


   Semakin besar saiz memori Ram dan semakin tinggi kelajuan cpu, maka pc atau laptop anda akan semakin laju. Ramai hairan, setelah mereka menambah dan membeli Ram untuk melajukan laptop atau pc mereka tetapi masih juga pelahan. Sebenarnya ada cara nak menjadikan Ram dan Cpu mencapai kelajuan yang tertinggi.


5. Grafik atau Visual Terlalu Tinggi



   Semakin tinggi grafik atau 3D kualiti warna(HD). Semakin banyak memori RAM digunaan. Banyak Animasi pada window anda yang menggunakan memori RAM yang tinggi.

Nak tahu cara lajukan Window 10 anda? KLIK SINI

Avengers: Endgame / Thanos Gauntlet