Masih ramai yang belum mengetahui perisian Libre Office adalah sebuah perisian penghasilan data dokumen seperti Microsoft Office juga. Segala susunan dan fungsi hampir sama dengan Microsoft Office. Libre Office juga adalah salah satu perisian percuma dan sumber umum. Jadi, anda tidak perlu membazir duit hingga ratusan ringgit untuk membeli perisian. Di dalam Libre Office, ade 5 jenis perisian yang penting perlu anda tahu iaitu :
1. Writer
Writer adalah perisian yang menghasilkan dokumen atau maklumat. Ia berfungsi hampir sama seperti Microsoft Office Word. Writer juga dapat membaca dan mengubahsuai dokumen yang berformatkan Microsoft Office Word.
2. Impress
Impress pula ialah sebuah perisian yang hampir sama dengan perisian Microsoft Power Point. Ia digunakan untuk mencipta dokumen dan maklumat berbentuk persembahan.
3. Calc
Calc adalah sebuah perisian yang hampir sama dengan Microsoft Excel. Segala susun atur tersusun mengikut format Microsoft Excel. Jadi memudahkan anda membuat keje tanpa memikirkan kos.
4. Draw
Libre Office Draw merupakan perisian untuk menghasilkan bentuk dan lakaran. Terdapat juga templat untuk bisness card dan resume. Ia hampir sama perisian Microsoft Publisher.
5. Base
Libre Office Base digunakan untuk menghasilkan pangkalan data. Bersamaan dengan perisian Microsoft Onenote. Selalunya digunakan dalam penyimpan data maklumat yang diisi.
Untuk maklumat yang lebih terperinci, boleh layari website mereka di Libre.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan