Memaparkan catatan dengan label pc. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pc. Papar semua catatan

Isnin, 24 Oktober 2016

Mengenai Perisian Libre Office Yang Perlu Anda Tahu.

Masih ramai yang belum mengetahui perisian Libre Office adalah sebuah perisian penghasilan data dokumen seperti Microsoft Office juga. Segala susunan dan fungsi hampir sama dengan Microsoft Office. Libre Office juga adalah salah satu perisian percuma dan sumber umum. Jadi, anda tidak perlu membazir duit hingga ratusan ringgit untuk membeli perisian. Di dalam Libre Office, ade 5 jenis perisian yang penting perlu anda tahu iaitu :

1. Writer




Writer adalah perisian yang menghasilkan dokumen atau maklumat. Ia berfungsi hampir sama seperti Microsoft Office Word. Writer juga dapat membaca dan mengubahsuai dokumen yang berformatkan Microsoft Office Word. 

2. Impress



Impress pula ialah sebuah perisian yang hampir sama dengan perisian Microsoft Power Point. Ia digunakan untuk mencipta dokumen dan maklumat berbentuk persembahan.

3. Calc


Calc adalah sebuah perisian yang hampir sama dengan Microsoft Excel. Segala susun atur tersusun mengikut format Microsoft Excel. Jadi memudahkan anda membuat keje tanpa memikirkan kos.

4. Draw


Libre Office Draw merupakan perisian untuk menghasilkan bentuk dan lakaran. Terdapat juga templat untuk bisness card dan resume. Ia hampir sama perisian Microsoft Publisher.


5. Base


Libre Office Base digunakan untuk menghasilkan pangkalan data. Bersamaan dengan perisian Microsoft Onenote. Selalunya digunakan dalam penyimpan data maklumat yang diisi.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, boleh layari website mereka di Libre.






Ahad, 23 Oktober 2016

Kehebatan Antivirus 360 Total Security Untuk PC Anda!

Zaman kini, kita diancam dengan pelbagai gangguan keselamatan dan privasi kita. Segala maklumat penting kita sebahagian besar disimpan di internet dan komputer. Nak beli antivirus pun memerlukan duit yang banyak. Jadi saya ingin memperkenalkan kepada anda sebuah antivirus percuma jauh lebih hebat dan selamat.Iaitu Antivirus 360 Total security.


Jadi, apakah kelebihan menggunakan Antivirus 360 Total Security ini?

1. Membuang Virus dan Malware

Dapat melindungi PC anda daripada diserang oleh virus,spyware,worm,malware dan trojan. Ini dapat mengurangkan kesan buruk kepada sistem PC anda, keselamatan dan privasi maklumat peribadi anda.

2. Pelindungan PC

Antivirus ini melindungi segala peralatan seperti pendrive dalam melindungi data penting anda, melindungi webcam daripada dicerobohi oleh pihak luar yang cuba mengambil maklumat seperti gambar atau video melalui webcam anda. Dan, ia melindungi data password dan maklumat privasi daripada pihak ketiga (Keylogger) yang cuba menyalin atau mencuri data anda setiap kali anda menaip pada keyboard anda.Paling penting sekali, ia melindungi anda dari pada diugut oleh pihak yang telah mengunci sistem dan data komputer anda. Virus ini dipanggil Ransomware.Ia akan meminta wang sebagai menebus data atau sistem komputer anda yang telah dikunci oleh mereka.

3. Pelindungan Online/Internet

Antivirus ini melindungi anda daripada virus dan ancaman kecurian data di internet. Anda dapat melayari internet dengan selamat dan melawati laman web perbankan, media sosial dan sebagainya tanpa diancam oleh virus dan sebagainya.

4. Mengemaskini Perisian Dan Komputer Anda

Patch Up digunakan untuk mengemaskini(Update) komputer dan perisian anda ke data yang baru lebih selamat dan cepat. Dan pengemaskiniannya lebih cepat dan selesa.

5. Melajukan Pc Anda

Speed Up dan Clean Up ini akan melajukan PC anda dengan membuang segala data yang tidak berguna atau sia-sia tanpa menjejaskan file peribadi dan penting milik anda. Ia juga turut membaiki kelajuan internet anda.

Untuk memuat turun antivirus ini, sila klik disini.


Avengers: Endgame / Thanos Gauntlet