Pencemaran Air
Pencemaran air selalu berlaku di kawasan yang memiliki tampungan air yang banyak seperti di laut, sungai, empangan, kolam dan sebagainya. Pencemaran selalunya berlaku disebabkan aktiviti manusia itu sendiri. Contohnya, pembalakan haram di berhampiran sungai akan menyebabkan sungai tersebut dikotori dengan hakisan tanah, laut pula akan dicemari dengan minyak yang mungkin disebabkan tumpahan minyak dari kapal atau sebagainya. Pencemaran air akan menjejaskan kesihatan manusia kerana air merupakan sumber mineral untuk manusia. Malah, nyawa hidupan laut juga terjejas disebabkan kesan pencemaran minyak atau sampah yang di buang.
Pencemaran Udara
Pencemaran udara pula merupakan kesan kotoran yang terdapat dalam ruang udara. Pencemaran ini berpunca dari pengeluaran asap kilang yang tidak terkawal, asap kenderaan, pembakaran terbuka dan pembocoran gas kimia. Kesan pencemaran ini sangat bahaya kepada manusia dan akan terdedah kepada sakit mata, sistem pernafasan terganggu, serta jarak penglihatan akan terhad. Jika tidak diatasi, akan berlaku penipisan ozon yang akan menyebabkan penyakit kulit meningkat.Malah akan menjejaskan tanaman. Kesan pencemaran udara terhadap global adalah akan berlakunya pencairan ais di kutub, perubahan iklimyang tidak menentu dan sebagainya.







