Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan

Isnin, 1 Januari 2018

Apa itu Facebook?

Facebook merupakan laman wen rangkaian sosial yang terkenal di seluruh dunia. Facebook ini diasaskan oleh Mark Zuckerberg dan sahabat-sahabat nya yang lain seperti Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian laman web Facebook ini terhad kepada penuntut Harvard dan akhirnya berkembang melalui kolej-kolej lain.Selepas itu, ia semakin berkembang kepada umum.


Untuk menjadi pengguna Facebook ini, individu tersebut haruslah berumur 13 tahun keatas dan memiliki email yang sah. Dengan adanya Facebook ini, pengguna dapat berhubung dengan kawan-kawan ataupun keluarga dengan menghantar tek, gambar dan video call. Selain itu, pengguna juga boleh mengongsikan cerita dan aktiviti harian yang menarik di facebook. Jadi semua kenalan anda di Facebook boleh melihat apa yang anda ingin luahkan dan kongsikan.

Bagi individu atau syarikat pula, mereka berpeluang memasarkan produk mereka secara online di Facebook. Jadi ia merupakan cara terbaik bagi memajukan perniagaan mereka di seluruh negara dan dunia.


Jumaat, 29 Disember 2017

5 Perisian Media Sosial Yang Popular Android

Dengan adanya teknologi dan jalur lebar internet yang luas. Kini tambah pula dengan kecanggihan sistem operasi android yang dimiliki oleh kebanyakkan telefon pintar. Dengan ade nya sistem operasi Android ini, pelbagai jenis perisian dan permainan yang boleh diinstall ke dalam smartphone anda. Lebih-lebih lagi perisian media sosial. Jadi apakah perisian sosial yang popular di kalangan pengguna smartphone android? Antara perisian media sosial yang popular di Android ialah:



1. Facebook

Facebook merupakan sebuah laman sosial yang kini boleh diakses di handphone sahaja. Facebook ini biasa digunakan untuk individu atau syarikat mengongsikan pengalaman,cerita dan perniagaan yang menarik kepada orang lain. Banyak gambar,video dan website yang boleh dikongsi.

2. Instagram

Instagram selalunya penguna akan mengongsikan gambar atau video pendek. Ianya sesuai dan sangat popular dalam memaparkan gambar yang berkualiti tinggi. Jadi tidak hairan lah jika ramai perniagaan mengunakan instagram untuk menarik minat pelanggan terhadap produk mereka.

3. Wechat

Wechat juga sangat popular kerana pengguna boleh chat atau voice chat dengan kawan-kawan mereka. Banyak emoji animate bergerak yang boleh dihantar kepada kawan. Tambahan pula emoji itu mampu memaparkan atau mengambarkan perasaan pengguna

4. Telegram

Telegram sangat selesa digunakan dalam mengongsikan video,gambar dan text. Tambahan pula kini pengguna boleh mencipta channel sendiri melalui telegram yang mampu disertai oleh ribuan pengguna telegram.

5. Whatapp

Whatapp hampir sama seperti perisian telegram. Ianya digunakan untuk mengongsikan maklumat,laman web,video, gambar dan text. Pengguna juga boleh menggongsikan status mereka di whatapp seperti video dan gambar agar boleh dilihat oleh semua kenalan whatapp.

Moga anda puas hati dengan perkongsian ini.

Ahad, 26 Februari 2017

3 Kelebihan Perisian Instagram.

Penggunaan facebok,twitter,wechat atau sebagainya sudah menjadi perisian online kebiasaan kepada kita untuk mengkongsikan pengalaman hidup, aktiviti atau pun perniagaan. Yang paling popular ialah instagram, instagram adalah satu perisian yang sangat berkesan dalam menarik perhatian orang terhadap sesuatu perkongsian maklumat atau perniagaan yang ingin kita kongsikan.Antara kelebihan lain ialah :


1. Paparan


Instagram memiliki paparan yang lebih kepada infografik. Maklumat yang disampaikan adalah melalui tek, gambar dan video pendek.Antara tiga cara penyampaian maklumat tadi, hanya melalui gambar sahaja yang lebih difokuskan kerana penyampai melalui gambar adalah lebih berkesan dan mudah untuk seseorang memahami maklumat yang cuba disampaikan.

2. Terkenal


Instagram sangat terkenal dan popular selain facebook,twitter dan lain-lain. Disebabkan memiliki fungsi yang lebih mesra pengguna. Ianya mudah digunakan oleh pengguna. Lagi-lagi ia boleh digunakan di dalam handphone mudah alih.

3. Percuma


Perisian Instagram adalah percuma. Anda hanya perlu muat turun sahaja di Play Store (Android). Anda tidak perlu susah-susah nak melaburkan ribuan atau ratusan ringgit semata-mata ingin berkongsi maklumat dan perniagaan.

Lawati Instagram.

Avengers: Endgame / Thanos Gauntlet