Memaparkan catatan dengan label manusia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label manusia. Papar semua catatan

Isnin, 20 Ogos 2018

Adakah Aku Manusia Hina Atau Mulia?







Setiap hari aku mengalami pengalaman dan ujian hidup yang berbeza. Ujian hubungan dengan keluarga,sahabat dan saudara. Malah, ditimpa pula masalah kewangan,harta dan emosi. Aku sering terfikir, kenapa semua ini terjadi pada ku? Perkara itu sering bermain difikiranku. Akhir setelah lama ku merenung, dapat jugalah mencari jawapan .

       Bukan kehidupan namanya jika tiada langsung ujian dalam hidup ni.Allah SWT berikan aku ujian kerana untuk aku beribadah dan ingat pada Nya. Semua itu bakal menjadikan aku manusia yang tabah dan kuat. Sekiranya ditimpa ujian hubungan dengan manusia, maka aku harus lalui perkara tersebut untuk aku matang dalam memikirkan hak diri aku atau orang lain. Belajar membuang sifat ego,dengki,pemarah dan sebagainya. Apakah harus aku hanya mementingkan diri sahaja?Melihat orang lain derita dan aku bersuka ria atau sebaliknya? Aku harus membuat sesuatu keputusan yang bakal memberi manfaat kepada orang lain dan diriku.

        Di samping itu, ujian kewangan dan harta bakal mengingatkan aku kepada Yang Maha Kaya. Jika difikirkan, rezeki yang paling besar adalah nikmat Islam itu sendiri. Kerana dengan dekatkan diriku kepada Allah SWT akan menjadikan aku manusia yang bakal menuju kejayaan. Suatu hari nanti, kita pasti akan mengadap Allah SWT. Bukan maksudku untuk tidak mencari rezeki wang dan harta, maksudku adalah belajar bersyukur. Merungut dan bersedih sepanjang masa bukan cara terbaik untuk diriku berjaya.

         Wahai pembacaku, doakan diriku agar sentiasa tabah dan dilimpahan rezeki. Dan aku berharap, pembaca blogku ini juga bakal diberi kekuatan dan ketabahan serta rezeki melimpah ruah sepanjangan menjalani kehidupan. Gunakanlah rezeki yang diberi oleh Yang Maha Kaya pada jalannya. Insyallah, moga diberkati. Terima kasih kerana sudi mendengar dan membaca.

Khamis, 26 Oktober 2017

Pencemaran Air dan Udara

Pencemaran Air



Pencemaran air selalu berlaku di kawasan yang memiliki tampungan air yang banyak seperti di laut, sungai, empangan, kolam dan sebagainya. Pencemaran selalunya berlaku disebabkan aktiviti manusia itu sendiri. Contohnya, pembalakan haram di berhampiran sungai akan menyebabkan sungai tersebut dikotori dengan hakisan tanah, laut pula akan dicemari dengan minyak yang mungkin disebabkan tumpahan minyak dari kapal atau sebagainya. Pencemaran air akan menjejaskan kesihatan manusia kerana air merupakan sumber mineral untuk manusia. Malah, nyawa hidupan laut juga terjejas disebabkan kesan pencemaran minyak atau sampah yang di buang.



Pencemaran Udara


Pencemaran udara pula merupakan kesan kotoran yang terdapat dalam ruang udara. Pencemaran ini berpunca dari pengeluaran asap kilang yang tidak terkawal, asap kenderaan, pembakaran terbuka dan pembocoran gas kimia. Kesan pencemaran ini sangat bahaya kepada manusia dan akan terdedah kepada sakit mata, sistem pernafasan terganggu, serta jarak penglihatan akan terhad. Jika tidak diatasi, akan berlaku penipisan ozon yang akan menyebabkan penyakit kulit meningkat.Malah akan menjejaskan tanaman. Kesan pencemaran udara terhadap global adalah akan berlakunya pencairan ais di kutub, perubahan iklimyang tidak menentu dan sebagainya.


Avengers: Endgame / Thanos Gauntlet