Sabtu, 27 April 2019

Avengers: Endgame / Thanos Gauntlet

 
AVENGERS : END GAME
 
              Avengers : End Game merupakan filem dihasilkan oleh Marvel Studio. Tapi aku takkan cerita banyak sebab takut kene label "SPOILER"....haha. Aku tengok filem ni pada hari kedua dikeluarkan. Bagi aku, boleh tahan cerita dia. 10 bintang bagi aku sebab filem ni banyak mainkan emosi seperti lawak,sedih,geram,marah dan sebagainya. Rugi kalau tak tengok.
Tambahan pula, banyak hero yang digabungkan dalam cerita ni. Banyak pengajaran dan kemasyarakatan. Paling penting persahabatan, dalam filem ni juga menyampaikan bagaimana ade hikmah dalam sesuatu perkara dan bagaimana seseorang berjiwa jahat boleh menjadi insan yang akan membantu ramai orang.
Selepas menonton filem ini, aku lihat ramai beri pendapat masing-masing. Sebab bagi aku selepas lihat filem ni. Mungkin akan muncul watak hero baru atau ade hero yang tiada lagi selepas ini. Tengok gaya mungkin ramai hero bakal tiada selepas ini.

Apa-apa pun, korang tengoklah dulu. Mungkin korang boleh agak apa yang akan berlaku. Selamat menonton.

Rabu, 24 April 2019

Apa itu Matawang Digital?


 Apa itu Matawang Digital?


Matawang Digital atau dipanggil Matawang Kripto merupakan mata wang internet atau maya. Mata wangnya pada 2013 dianggarkan telah mencecah 1000USD dan kini telah mencecah anggaran 6000USD. Matawang digital disimpan di wallet(dompet) internet atau maya. Ia dicipta oleh seorang lelaki misteri iaitu Satoshi Nakamoto. Kini Matawang Digital ini telah menjadi pilihan hampir seluruh dunia bagi tujuan pembelian dan perniagaan. Penggunaan Matawang Digital memiliki kelebihan dan keburukkan yang harus diketahui umum sebelum menggunakan mata wang ini.

Apakah kelebihan menggunakan Matawang Digital?

1. Boleh melakukan perpindahan wang tanpa pihak ketiga. Yang bermaksud segala transaksi tidak melibatkan bank dan tiada risiko akaun dibekukan. Maka transaksi perpindahan wang akan berlaku dengan cepat tanpa cukai pembelian. Jadi anda akan memiliki kebebasan atau hak yang selesa dalam menguruskan kewangan anda.

2. Mudah dipindahkan kemana-mana sahaja seluruh dunia.

3. Caj transaksi untuk permindahan sangat rendah.


Dan apakah keburukan atau risiko penggunaan Matawang Digital ini?

1. Terdedah dengan risiko ditipu dengan syarikat yang menjanjikan keuntungan yang lumayan.

2. Berlakunya transaksi jual beli barangan atau jualan haram yang sukar dikesan.

3. Terdedah kepada pengodaman dan akhirnya kehilangan aset duit tersebut

4. Sekiranya berlaku kesilapan traansaksi, kemungkinan transaksi tersebut tidak dapat dikembalikan

5. Harga yang tidak stabil akan menyebabkan pemiliknya mengalami kerugian yang besar

6. Mata wang maya tidak dikawal selia dan tidak diikhtiraf akan menyebabkan jika timbul sebarang masalah. Ianya tidak dapat dibantu.



Isnin, 5 November 2018

Aku Yang Sering Dikecewakan


Aku adalah manusia yang memerlukan cinta. Yang ingin dicintai dan mencintai untuk merasa nikmat kasih sayang yang diriku pinjamkan dari Nya. Tetapi aku telah menjadi manusia yangEdit silap memilih cinta sehingga akhirnya mengubah hidupku kepada jauhnya dari agama dan merasakan kehidupan ini tidak lagi berguna. Ya, setiap manusia ada yang pernah melakukan kesilapan dengan sengaja atau tidak sengaja. Itu bukan bermakna segala kesilapan itu tidak memilik hikmah dan pengajaran.

     Mencintai manusia bukannya mudah apabila hati bagaikan telah dipegang oleh manusia yang kita cintai Segalanya hampir kita serahkan mahupun harta atau tenaga diri. Saling mengenali antara satu sama lain dengan manusia yang kita cintai belum cukup membuktikan yang kita semua mengenali dirinya. Ada mungkin kita sendiri atau pasangan kita sendiri tidak menunjukkan semua sikap mereka.

    Hikmah dan pengajaran di sebalik semua ini sebenarnya lagi besar nikmat bahagianya. Kita akan mengingati siapa yang memberikan perasaan cinta dalam setiap diri manusia dan kita akan selalu memikirkan cara menggunakan cinta untuk tujuan yang bermanfaat dan berguna untuk diri dan manusia lain. 

     Perasaan kecewa ini boleh dikurangkan dengan memenuhi aktiviti berfaedah sepanjang masa, berkawan dengan manusia yang soleh dan sentiasa menjadikan keluarga sebagai teman hidup yang paling rapat. Aku sentiasa mencari jalan untuk menasihati diri walaupun gagal adakalanya tetapi aku akan tetap cuba. Semakin hari aku dapat merasa hatiku semakin pulih walaupun sedikit. Itu juga rezeki yang sangat bermakna. Aku tahu betapa susah nya untuk melupakan sejarah yang menyakitkan tetapi tidak bermakna perkara yang menyakitkan tidak boleh disembuhkan.

     "Jadilah manusia yang bila dicampak batu, tetap membalaskan dengan buah yang manis"

Sentiasalah berkawan dan bergaul dengan manusia yang baik. Adakala kita rimas untuk mendengar nasihat berkaitan jodoh. Tetapi nasihat itu datang daripada manusia yang telah merasa kesakitan sebelum kita. Waallahuallam. 

Isnin, 3 September 2018

Kelebihan Dan Keburukkan Root Android.


Dengan zaman yang semakin canggih, setiap manusia akan berlumba-lumba menggunakan kemajuan teknologi bagi kepentingan tertentu atau keperluan. Jadi, smartphone yang sering digunakan oleh kita boleh digunakan untuk tujuan keperluan yang lebih selesa. Anda pernah dengar orang ROOT smartphone mereka. Jadi anda mesti tertanya apa itu ROOT dan apa fungsinya? Root adalah salah satu langkah yang dipanggil pengodaman operasi sistem android bagi membolehkan pengguna smartphone tersebut dapat mengakses penuh sistem android tersebut. Antara kelebihan dan keburukan root:


Kelebihan


1. Nyahpasangkan Perisian Yang Anda Tidak Gunakan


Seperti yang kita tahu, kadangkala ada perisian yang tidak boleh kita nyahpasangkan(uninstall) sedangkan kita tidak mahu menggunakan aplikasi tersebut. Jadi dengan adanya akses penuh melalui root, maka anda boleh nyahpasangkan apklikasi yang anda tidak gunakan.

2.Backup & Restore Apklikasi Mengunakan Titanium Backup


Titanium Backup akan berfungsi pada smartphone yang telah diroot. Fungsinya ialah ia bakal backup apklikasi anda dan anda tidak perlu install lagi selepas smartphone anda di Format.

3.Memasang Apklikasi Yang Boleh Mengubahsuai Android SmartPhone Anda


Sekarang ni banyak apklikasi yang mampu mengubahsuai sistem android anda mengikut keperluan anda. Tetapi harus memastikan smartphone anda telah diroot. Banyak perisian dan apklikasi yang best seperti perisian yang mampu membuatkan anda boleh membuka facebook dan wechat dalam satu screen, paparan android yang lebih gempak dan sebagainya.

4. Meningkatkan Kelajuan Android & CPU


Dengan root, anda boleh memasang apklikasi yang boleh memaksa ram dan cpu smartphone anda berjalan pada kelajuan penuh dan tinggi.


Keburukan


1. Anda Tidak Boleh Mengupdate System Android Anda


Kelemahan root yang paling ketara ialah anda tidak boleh mengupdate atau mengemaskini version android anda ke version terbaru.

2. Smartphone Android Anda Akan Menjadi Lambat


Smartphone anda akan menjadi lambat kerana mungkin disebabkan proses root yang tidak sesuai atau tersilap. Jadi smartphone anda bakal menjadi ular yang tertelan landak.

3. Smartphone Android Anda Mungkin Akan Mengalami Masalah


Salah satu perkara yang tidak diingini adalah apabila android anda akan mengalami masalah untuk berfungsi seperti biasa.



Jadi itu saja perkongsian maklumat. Jangan lupa share ya?

Isnin, 20 Ogos 2018

Adakah Aku Manusia Hina Atau Mulia?







Setiap hari aku mengalami pengalaman dan ujian hidup yang berbeza. Ujian hubungan dengan keluarga,sahabat dan saudara. Malah, ditimpa pula masalah kewangan,harta dan emosi. Aku sering terfikir, kenapa semua ini terjadi pada ku? Perkara itu sering bermain difikiranku. Akhir setelah lama ku merenung, dapat jugalah mencari jawapan .

       Bukan kehidupan namanya jika tiada langsung ujian dalam hidup ni.Allah SWT berikan aku ujian kerana untuk aku beribadah dan ingat pada Nya. Semua itu bakal menjadikan aku manusia yang tabah dan kuat. Sekiranya ditimpa ujian hubungan dengan manusia, maka aku harus lalui perkara tersebut untuk aku matang dalam memikirkan hak diri aku atau orang lain. Belajar membuang sifat ego,dengki,pemarah dan sebagainya. Apakah harus aku hanya mementingkan diri sahaja?Melihat orang lain derita dan aku bersuka ria atau sebaliknya? Aku harus membuat sesuatu keputusan yang bakal memberi manfaat kepada orang lain dan diriku.

        Di samping itu, ujian kewangan dan harta bakal mengingatkan aku kepada Yang Maha Kaya. Jika difikirkan, rezeki yang paling besar adalah nikmat Islam itu sendiri. Kerana dengan dekatkan diriku kepada Allah SWT akan menjadikan aku manusia yang bakal menuju kejayaan. Suatu hari nanti, kita pasti akan mengadap Allah SWT. Bukan maksudku untuk tidak mencari rezeki wang dan harta, maksudku adalah belajar bersyukur. Merungut dan bersedih sepanjang masa bukan cara terbaik untuk diriku berjaya.

         Wahai pembacaku, doakan diriku agar sentiasa tabah dan dilimpahan rezeki. Dan aku berharap, pembaca blogku ini juga bakal diberi kekuatan dan ketabahan serta rezeki melimpah ruah sepanjangan menjalani kehidupan. Gunakanlah rezeki yang diberi oleh Yang Maha Kaya pada jalannya. Insyallah, moga diberkati. Terima kasih kerana sudi mendengar dan membaca.

Jumaat, 27 Julai 2018

4 Cara Dapatkan Follower Dan Like Yang Banyak Untuk Instagram Persendirian (Personal)




Instagram merupakan satu applikasi sosial yang sangat terkenal diseluruh dunia. Dengan applikasi Instagram ni juga, manusia dari seluruh dunia mampu berhubung dan berkongsi kisah hidup mereka dan pelbagai gambar dan video menarik. Tambahan pula, mampu membuatkan seseorang menjadi makin dikenali dan disukai. So, hari ni akan akan ketahui kaedah dan cara untuk dapatkan follower yang ramai dan like yang banyak.

1. Follow Artis Atau Instafamous

Sekiranya anda follow artis atau instafamous, anda akan menjadi follower mereka. Tapi apa yang membuatkan cara ini bakal menaikkan follower anda? Sebenarnya, apabila anda menjadi follower artis dan instafamous. Anda bakal difollow oleh banyak pengguna ig yang baru membuat akaun atau pun igshop. Sebab mereka akan mencari dan follow kenalan di FOLLOWER Instagram artis dan instafamous yang memiliki ratusan ribu dan jutaan follower dengan mudah. Dan anda juga mungkin bakal terpilih untuk difollow.

2. Follow FOLLOWER Dari Akaun Instagram Yang Follower Sikit Tapi Like Banyak

Sekiranya anda lihat ade pengguna ig yang memiliki follower yang sikit tapi post gambar dia banyak like (bukan like beli ya). Itu menunjukkan follower ig tersebut sangat aktif dan suka like gambar orang. Anda follow lah follower ig tersebut untuk mendapatkan follower tersebut. Pasti ramai yang follow back anda.

3. Selalu Komen Dan Like Instagram Pengguna Ig Yang Lain

Ini salah satu cara untuk dapatkan like yang banyak. Jika anda selalu like posting pengguna IG yang lain. Pasti akan ade yang membalas like ke posting anda. Dengan cara ini,mereka akan tahu yang anda sangat mesra.

4. Selalu Post Gambar Dan Video Menarik

Jika anda post gambar dan video yang menarik seperti lawak,hiburan dan pelbagai lagi, mereka akan terhibur dan ingin sekali mengetahui post yang bakal anda pos lagi. Jadi kemungkinan mereka akan follow anda.


Saya harap dengan perkongsian ini, anda berasa sangat berpuas hati.

Isnin, 1 Januari 2018

Apa itu Facebook?

Facebook merupakan laman wen rangkaian sosial yang terkenal di seluruh dunia. Facebook ini diasaskan oleh Mark Zuckerberg dan sahabat-sahabat nya yang lain seperti Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian laman web Facebook ini terhad kepada penuntut Harvard dan akhirnya berkembang melalui kolej-kolej lain.Selepas itu, ia semakin berkembang kepada umum.


Untuk menjadi pengguna Facebook ini, individu tersebut haruslah berumur 13 tahun keatas dan memiliki email yang sah. Dengan adanya Facebook ini, pengguna dapat berhubung dengan kawan-kawan ataupun keluarga dengan menghantar tek, gambar dan video call. Selain itu, pengguna juga boleh mengongsikan cerita dan aktiviti harian yang menarik di facebook. Jadi semua kenalan anda di Facebook boleh melihat apa yang anda ingin luahkan dan kongsikan.

Bagi individu atau syarikat pula, mereka berpeluang memasarkan produk mereka secara online di Facebook. Jadi ia merupakan cara terbaik bagi memajukan perniagaan mereka di seluruh negara dan dunia.


Sabtu, 30 Disember 2017

Apakah itu perisian Wechat?

Wechat merupakan perisian komunikasi yang terkenal. Ramai penggunaan smartphone menggunakan perisian Wechat ini untuk berhubung diantara satu sama yang lain. perisian Wechat ini dibangunkan oleh Tencent di China. Ia buat pertama kali dikeluarkan pada Januari 2011.

Perisian Wechat ini boleh didapati melalui sistem operasi Android, IOS, Symbian, Window Phone, Blackberry dan OS X. Kini penggunanya telah mencecah anggaran 900 juta orang. Tambahan pula,pengguna boleh kongsikan status harian di bahagian moment. Jadi kenalan mereka boleh melihat aktiviti dan luahan perasaan mereka setiap hari. 

Di samping itu, dengan ada nya perisian Wechat ini. Maka setiap penggunanya boleh berhubung kenalan yang mungkin dari pelbagai negara. Alangkah seronoknya jika mereka boleh video call walaupun berjauhan. Yang paling penting, perisian Wechat ini adalah percuma. Maka disebabkan itu lah, semua orang mampu memiliki perisian ini.

Jumaat, 29 Disember 2017

5 Perisian Media Sosial Yang Popular Android

Dengan adanya teknologi dan jalur lebar internet yang luas. Kini tambah pula dengan kecanggihan sistem operasi android yang dimiliki oleh kebanyakkan telefon pintar. Dengan ade nya sistem operasi Android ini, pelbagai jenis perisian dan permainan yang boleh diinstall ke dalam smartphone anda. Lebih-lebih lagi perisian media sosial. Jadi apakah perisian sosial yang popular di kalangan pengguna smartphone android? Antara perisian media sosial yang popular di Android ialah:



1. Facebook

Facebook merupakan sebuah laman sosial yang kini boleh diakses di handphone sahaja. Facebook ini biasa digunakan untuk individu atau syarikat mengongsikan pengalaman,cerita dan perniagaan yang menarik kepada orang lain. Banyak gambar,video dan website yang boleh dikongsi.

2. Instagram

Instagram selalunya penguna akan mengongsikan gambar atau video pendek. Ianya sesuai dan sangat popular dalam memaparkan gambar yang berkualiti tinggi. Jadi tidak hairan lah jika ramai perniagaan mengunakan instagram untuk menarik minat pelanggan terhadap produk mereka.

3. Wechat

Wechat juga sangat popular kerana pengguna boleh chat atau voice chat dengan kawan-kawan mereka. Banyak emoji animate bergerak yang boleh dihantar kepada kawan. Tambahan pula emoji itu mampu memaparkan atau mengambarkan perasaan pengguna

4. Telegram

Telegram sangat selesa digunakan dalam mengongsikan video,gambar dan text. Tambahan pula kini pengguna boleh mencipta channel sendiri melalui telegram yang mampu disertai oleh ribuan pengguna telegram.

5. Whatapp

Whatapp hampir sama seperti perisian telegram. Ianya digunakan untuk mengongsikan maklumat,laman web,video, gambar dan text. Pengguna juga boleh menggongsikan status mereka di whatapp seperti video dan gambar agar boleh dilihat oleh semua kenalan whatapp.

Moga anda puas hati dengan perkongsian ini.

Rabu, 27 Disember 2017

Pengalaman Pertama Kali Membeli Handphone Xiaomi Redmi 4a (Redmi 4A)

Satu hari aku buntu nak fikirkan, apakah handphone yang patut aku beli? Adakah handphone yang aku beli ini akan selalu lag? Atau memory akan cepat penuh. Adakah ia terlalu mahal? Puas aku berfikir. Jadi aku bercadang untuk berjalan-jalan ambil angin. Tiba-tiba aku terjumpa satu kedai handphone, saja lah kut-kut ade handphone yang aku berkenan. Satu per satu handphone aku tanya tauke kedai tu mana yang RAM tinggi dan murah. Akhir sekali, aku mengambil keputusan untuk membeli handphone Redmi 4A. Nak tahu tahap kekuatan handphone ni?


Model : Xiaomi Redmi 4a (Redmi 4A)

Screen Size : 5.00 inches

Berat : 131 gram

Ram : 2 GB

Memory : 16GB

CPU : 1.4 Ghz


Perg....lepas beli. Semua app aku install...seperti whatapp, telegram, wechat, youtube, clash royale dan macam-macam lagi.Takde pulak sangkut-sangkut. Kalau korang beli handphone ni lain pula maklumat nya...aku tak pastilah korang punya original atau terlebih original. Itu je kut aku nak kongsikan. Bye..

Isnin, 25 Disember 2017

Kenapa Anak Muda Minat Bermain Dota 2?

Defense of the Ancient (DOTA) adalah sebuah permainan yang menggunakan rangkaian internet. Dota merupakan permainan digital percuma yang boleh dimuatturun pada bila-bila masa. Kini ramai anak muda bermain permainan ini. Jumlah ahli yang menyertai permainan ini telah mencecah 1 juta pemain dan mungkin lebih lagi.



1. Percuma

Permainan ini percuma, jadi tidak hairanlah permainan ini ada di mana-mana komputer atau laptop seperti di cybercafe atau pun dirumah. Jadi permainan ini akan memiliki pemain atau pengguna yang mencecah 13 tahun keatas. ( Percuma pulak tu, tak payah dah nak download secara haram dah. Nak masuk neraka ka?)

2. Pertandingan

Salah satu daya tarikan DOTA2 ini adalah mereka mengadakan pertandingan-pertandingan di dalam negara dan luar negara.Jadi tak hairan lah jika ade pertanding yang menawarkan hadiah sebanyak 10 juta USD kepada pemenang. ( Gila kau kalau tak nak. Boleh bina masjid dan bantu orang miskin tu)

3. Memaparkan kedudukan dan kepakaran

Dalam game ni, korang kalau main. Mesti nak lihatkan maklumat pemain lain. Lebih-lebih lagi boleh lihat hero atau senjata yang digunakan oleh pemain handalan. Bayangkan kalau ranking korang tinggi. Mahu tak gurun musuh nak lawan. ( Level dah tinggi, jangan nak riak sangat )




Peringatan: Sila main permainan ini mengikut waktu yang sesuai. Janganlah sampai solat pun nak tinggal. Duit pun asyik nak habiskan. Main sampai power mana pun tetap masuk kubur. Jadi mainlah ikut iman bukan nafsu haiwan. Main permainan ni, jangan lah sampai mak bapak pun kau nak pukul. Ingat sapa yang jaga kau tu. 

Salam ikhlas : Fatih

Ahad, 24 Disember 2017

Tip Membeli Di Lazada

Hari ini terlintas di fikiran aku untuk kongsikan pengalaman membeli di Lazada. Ramai yang ingin tahu sejauh mana kemudahan dan keselesaan semasa beli di Lazada. Bagi aku lazada merupakan kedai digital yang terbaik pernah aku beli dan gunakan. Barangan yang pernah aku beli ialah Power Bank serta....lupa dah. haha. Antara tip dan cara aku amalkan dalam membeli di Lazada ialah....



Warranty

Warranty sesuatu produk atau barangan penting bagi aku. Kerana jika warranty yang diberikan tempohnya agak lama sebagai contoh setahun. Maka bagi aku ianya merupakan barangan berkualiti sebab penjual berani mengambil risiko dalam tempoh tersebut untuk menganti balik barangan tersebut jika berlaku kerosakan. Aku memang tabik spring jika ada penjual yang bertanggungjawab serta jujur dalam menjual barang.


Komen Daripada Pembeli Lain

Sebelum aku memilih sesuatu barang yang aku inginkan. Aku akan lihat komen terhadap produk tersebut di ruangan komen. Jika ramai pembeli yang telah beli memberi komen yang bagus dan baik. Maka barang tersebut mungkin berkualiti tinggi dan penghantaran nya cepat.(Takkan nak tunggu barang yang baru sebulan baru sampai).


Review Bintang

Selalunya setiap produk yang dipaparkan di Lazada terdapat 1-5 bintang yang diberikan oleh pembeli kepada produk tersebut. Lebih kurang sama macam undian. Makin bagus maka undian pun bagus. Selalunya aku akan beli barangan yang memiliki 3-5 bintang sahaja.


Terdapat No. Whatapp

Yang ni option tambahan bagi aku kerana jika penjual meletakkkan dan meninggalkan no whatapp. Bagi aku itu memberi keselesaan tambahan bagi aku kerana bila berlaku apa-apa, aku boleh terus whatapp penjual barangan tersebut.


Jadi itu sahaja yang aku nak kongsikan dalam pengalaman membeli di Lazada. Bukan apa, ramai sahabat aku minta aku belikan untuk mereka di Lazada kerana mereka tahu aku memiliki pengalaman membeli di Lazada. Tip yang aku kongsikan ini hanya sekadar perkongsian. Aku tidak sama sekali mengatakan cara aku kongsikan ini mampu memberi 100% keselamatan kepada pembelian korang yang membaca. Semuanya Allah SWT yang tentukan nasib setiap manusia. Allah SWT tidak akan mengubah nasib seseorang jika seseorang itu tidak berusaha.

Salam kasih : Fatih

Khamis, 26 Oktober 2017

Pencemaran Air dan Udara

Pencemaran Air



Pencemaran air selalu berlaku di kawasan yang memiliki tampungan air yang banyak seperti di laut, sungai, empangan, kolam dan sebagainya. Pencemaran selalunya berlaku disebabkan aktiviti manusia itu sendiri. Contohnya, pembalakan haram di berhampiran sungai akan menyebabkan sungai tersebut dikotori dengan hakisan tanah, laut pula akan dicemari dengan minyak yang mungkin disebabkan tumpahan minyak dari kapal atau sebagainya. Pencemaran air akan menjejaskan kesihatan manusia kerana air merupakan sumber mineral untuk manusia. Malah, nyawa hidupan laut juga terjejas disebabkan kesan pencemaran minyak atau sampah yang di buang.



Pencemaran Udara


Pencemaran udara pula merupakan kesan kotoran yang terdapat dalam ruang udara. Pencemaran ini berpunca dari pengeluaran asap kilang yang tidak terkawal, asap kenderaan, pembakaran terbuka dan pembocoran gas kimia. Kesan pencemaran ini sangat bahaya kepada manusia dan akan terdedah kepada sakit mata, sistem pernafasan terganggu, serta jarak penglihatan akan terhad. Jika tidak diatasi, akan berlaku penipisan ozon yang akan menyebabkan penyakit kulit meningkat.Malah akan menjejaskan tanaman. Kesan pencemaran udara terhadap global adalah akan berlakunya pencairan ais di kutub, perubahan iklimyang tidak menentu dan sebagainya.


Rabu, 25 Oktober 2017

Cara Meningkatkan Follower Instagram Dengan Cepat.


Instagram merupakan satu perisian mudah alih yang sangat terkenal. Ini kerana ia merupakan perisian yang digunakan oleh seluruh manusia di dunia ini. Selalunya Instagram ini digunakan bagi menyebarkan maklumat berbentuk video dan gambar. Kerana maklumat yang berbentuk grafik dan digital sangat mudah untuk mempengaruhi fikiran dan menarik minat orang. Disebabkan ramai yang menggunakan perisian Instagram ini, jadi tidak hairan lah ramai orang menggunakan perisian Instagram ini bagi tujuan perniagaan, populariti, bersosial, mencari kawan dan menyampaikan maklumat. Jadi apakah cara bagi meningkatkan follower akaun Instagram anda? Antaranya ialah:

1. Mengikuti(Following) Akaun Artis Terkenal

Cara ini paling ramai gunakan. Dengan mengikuti akaun artis dalam anggaran 100 orang artis. Mungkin ana akan memiliki paling banyak 80 pengikut(Followers). Jika anda inginkan follower tempatan, maka follow lah akaun artis tempatan. Tapi jangan follower melebihi syarat yang diberi. Mungkin akaun Instagram anda boleh di sekat dalam tempoh tertentu.

2. Membeli follower real.

Ini juga cara paling ramai guna. Dengan cara ini, mungkin anda pelu melaburkan sikit modal bagi mendapatkan follower melalui cara ini. Anda boleh cari orang yang menawarkan perkhidmatan tambah follower di Instagram itu sendiri. Jumlah bayaran bergantung jumlah follower yang anda inginkan. (Jangan beli yang fake follower ya).

3. Membuat paid review

Cara ini pula, ia merupakan cara yang sesuai juga. Iaitu dengan mempromosikan akaun Instagram anda di akaun Instagram orang yang memiliki follower yang ramai. Jumlah bayaran bergantung jumlah berapa banyak gambar yang anda inginkan pemilik Instagram yang ramai follower tu promosikan gambar dan akaun Instagram anda itu. Biasanya para peniaga online selalu guna cara ini untuk promosi produk mereka. 

Jadi itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Moga ia bermanfaat untuk anda. Diharapkan anda menyampaikan maklumat yang baik dan sahih. Terima kasih.

Selasa, 24 Oktober 2017

10 Khasiat Serta Kelebihan Susu Kambing


Susu kambing merupakan susu yang terbaik di dunia. Ia mengandung zat gizi yang sangat banyak. Ia juga kaya dengan lemak baik, protein, mineral dan vitamin. Maka tidak hairan lah jika susu kambing menjadi pilihan semua golongan. 

Jadi apa yang penting sekali, mesti ramai orang tertanya-tanya apakah kelebihan dan khasiat susu kambing ini? Antara kelebihanya ialah :

1. Menstabilkan tekanan darah tinggi.
2. Mengurangkan risiko terkena penyakit stroke dan jantung
3. Membekalkan protein yang tinggi
4. Memberi kepadatan tulang yang baik
5. Meningkatkan hemoglobin
6. Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak agar kekal cerdas
7. Membaiki sistem percernaan
8. Mengubati penyakit asma
9. Baik untuk ibu yang hamil dan menyusui
10. Menghaluskan kulit dan mengecilkan liang pori.

Jadi itu sahaja khasiat utama yang dapat dinyatakan. Moga ia bermanfaat untuk anda.

Avengers: Endgame / Thanos Gauntlet