Memaparkan catatan dengan label hang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hang. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Oktober 2016

Cara Lajukan Window 10

Ramai pengguna Komputer atau Laptop hanya tahu guna sahaja. Apabila PC atau Laptop menjadi lambat atau hang, lalu mereka mengambil keputusan untuk format PC atau Laptop mereka. Ini adalah satu pembaziran dan pelaburan sia2. Sebenarnya ada cara untuk lajukan PC atau Laptop anda. Antara langkah-langkahnya ialah :

1. Menggunakan Power Options

Power Option terletak di Control panel. Terdapat 3 pilihan yang terdapat dalam Power Option, iaitu Power Saver, Balanced dan High Perfomance. Jadi pilih High Perfomance kerana pilihan ini melajukan PC atau Laptop anda tetapi ia menggunakan tenaga bateri yang banyak. Video di bawah menunjukkan cara lajukan PC dan Laptop mengunakan Power Option yang ade didalam Operasi Sistem Window 10.





2. Tukarkan penggunakan kelajuan CPU dan RAM pada tahap tertinggi.

Ramai tidak tahu bahawa kebanyakkan PC dan Laptop mereka tidak menggunakan kelajuan RAM dan CPU pada kelajuan sebenar. Adalah kalau RAM kita telah mencecah 2GB tetapi yang berfungsi sebenarnya hanya lah 1GB lebih sahaja, bukan 2GB. Manakala, core CPU tidak berfungsi pada tahap yang tinggi. Jadi video dibawah akan menerangkan cara menetapkan RAM dan CPU pada kelajuan penuh.






3. Kurangkan Grafik dan Kesan Animasi

Tahukan anda? Sebenarnya penggunaan grafik atau kesan animasi yang tinggi memerlukan saiz memory yang tinggi. Itu akan membuatkan Pc atau laptop anda akan menjadi lambat. Jadi, video ketiga dibawah akan menunjukkan cara mengurangkan penggunaan grafik agar window 10 anda lebih laju.





4. Jadikan Virtual Memory( Hard Disk) sebagai RAM Kedua Anda.

Sebagai contoh, RAM anda bersaiz 2GB. Jadi anda boleh gunakan memory Hard Disk anda sebagai RAM anda. Ia mampu memberi kelajuan sampingan yang hebat untuk PC dan laptop anda.







5. Menghentikan Perisian (Software) Yang Dijalankan Secara Tersembunyi

Banyak perisian yang berjalan secara senyap tanpa anda sedar. Ini akan menjejaskan kelajuan cpu dan ram anda. Jadi video di bawah akan menunjukkan cara menghentikan perisian yang tersembunyi.




Punca Window 10 Jadi Hang Dan Lambat

Ramai mengeluh kerana adakala laptop atau pc mereka menjadi hang atau lambat. Bila hang atau lambat, mereka mengambil keputusan gopoh untuk format laptop atau pc mereka tanpa mengetahui dahulu punca-punca mengapa laptop atau pc mereka boleh jadi seperti itu.



1. Terdapat Perisian Yang Berjalan Secara Tersembunyi



   Di mata anda, anda hanya melihat perisian yang anda buka sahaja. Tetapi anda tidak dapat melihat perisian yang berjalan atau terbuka secara senyap( background running ). Ini menyebabkan memory RAM anda digunakan dengan lebih banyak.




2. Jangkitan Virus



   Penyebaran virus seperti trojan,worm atau sebagainya akan menyebabkan fail dalam dalam operasi sistem window tidak dapat berfungsi dengan baik kerana terdapat kerosakan fail. Selalunya serangan virus berlaku pada sistem dalam yang penting.





3. Perisian Yang Tidak Diperlukan Tidak Dibuang


   Banyak perisian( software ) yang tidak pernah anda gunakan masih tersimpan dalam laptop atau pc. Ini menyebabkan memory harddisk anda telah digunakan untuk menyimpan sesuatu yang sia2.




4. RAM Dan CPU Tidak Diubah Pada Kelajuaan Yang Maksimum.


   Semakin besar saiz memori Ram dan semakin tinggi kelajuan cpu, maka pc atau laptop anda akan semakin laju. Ramai hairan, setelah mereka menambah dan membeli Ram untuk melajukan laptop atau pc mereka tetapi masih juga pelahan. Sebenarnya ada cara nak menjadikan Ram dan Cpu mencapai kelajuan yang tertinggi.


5. Grafik atau Visual Terlalu Tinggi



   Semakin tinggi grafik atau 3D kualiti warna(HD). Semakin banyak memori RAM digunaan. Banyak Animasi pada window anda yang menggunakan memori RAM yang tinggi.

Nak tahu cara lajukan Window 10 anda? KLIK SINI

Avengers: Endgame / Thanos Gauntlet